May 10, 2005

Akademi Fasilitator on Training

matter: Latihan Kefasilitatoran 1 & 3
venue: Sukida Resort, Semenyih Selangor
participant: AF1 & AF2


Jumaat-0100am
Perjalanan ke Semenyih untuk training AKADEMI FASILITATOR agak sukar. Sukar ke?? Bagi aku dari team AF1, tak kut..pasal kami naik keta. Tu pun sesat..hehe. Perjalanan mmg agak sukar sbb jauh masuk ke dalam dan tiada lampu kiri dan kanan.

Dengar kata team AF2 lagi susah sebab kena naik bas dan komuter sendiri, siap sesat lagi. Memang kesian ar. Dan aku cakap kat depa, takde training yg mudah. Ini sbg satu ujian lah. Nak tengok tahan ke tak.

Sukida Resort saje dipilih oleh team trainer. Dan kalo nak bandingkan dengan training center kami kat Morib, jauh bezanya. Sampai kat bilik takde lampu plak. Waa..kipas pun takde (mmg tahap training majinboo..hehe) Takpelah, nasib Abg trainer aku tak pilih khemah.

Dari taklimat Abg Ed dan abg Fahmi, mereka cerita macam mana kefasilitatoran mereka bermula dari bawah. Dan kami antara yang berutung sebab ada Chosen one yang train. Alhamdulillah, Tuhan bagi petunjuk pada kami untuk bersama dalam bidang ini. Kata Abg Ed, betulkan niat. Moga dengan sedikit amal ini, menjadi fasilitator..kita akan dibalas baik dan berganda oleh Tuhan..Ameen

Skang ni aku kat bilik ar. Dah nak tido.Tadi nampak kuda dan tasik. Tak sabar sebenarnya tunggu hari siang. Moga akan dapat ilmu yang banyak buat aku kongsikan dengan umum.

Sabtu-1230am
Habis segala. Bermula pagi kami dengan senaman dan sarapan. Siap berpakaian, kami praktis nyanyi lagu tema AF. Lagu aku. Alhamdulillah, lagu aku terpilih untuk kumpulan akademi. Terharu giler. Abg Fahmi bantu aku, dia kan cikgu vokal..hehe. Giler gementar aku nak lontar suara, yelah..dengan bebudak akademi 2, malu..hehe. Tapi, aku kena gak buat. Alhamdulillah, segalanya baik.."sederap langkah kembara...."

Sesi pertama lebih kepada etika fasi dan pembikinan kertas kerja program. Ermm..petangnya kami bersama Abg Zaki untuk modul. Yeap, kena buat roleplay. Ces, susah plak nak kendalikan modul aku yang panjang instructionnya..hehe. Tapi, oklah sbb aku boleh handle. Bebudak ni plak..memanjang nak bersoal. Dah tau benda ni sekadar berlakon, lagi mau banyak tanya. Sudahnya sampai the end, kami menyakat sesama sendiri bila tiba giliran modul dijalankan..hehe. Sesi komen..hah! Berpeluh lah nak mendengar. Aku tak kisah. Bukannya bawa keburukan, yang dapat manfaatnye kami gak. So, tadah je telinga..hehe.

Petang tu masa untuk riadah. Bila mereka yang bernama lelaki memilih bola, yang perempuan pilih baling selipar. Yeah, jaguh kampung masuk padang..cehh! Kak Gee, trainer aku yang gile bersungguh..terror bab main game budak-budak kampung ni. Senggang, aku borak dengan Kak Gee, kisahkan semua kisah kami, di hadapan tasik yang mendengar.

Malam tiba dan aku tak sangka akan ada sesi untuk muhasabah. Hehe, takde lah..ianya satu sesi untuk kami menilai kembali team AF1. Ermm..sorang demi sorang bercerita. Ya..hati ke hati. Dan malam tu sesungguhnya adalah satu malam yang bijak. Tak ketahuan ttg Red dan Umai yang sebenar. Ezrin hampir menangis. Nun cam biasa..heh. Provokasi Kak Maria pada kami berlima menjadi. Mula-mula aku ingat dia cengih (garang sket..hehe) tapi akhirnya aku dapat terimalah. Manusia tak sama sifatnya. Kata Kak Gee, dlm team ni perlu ada trainer yang macam-macam. Kak Maria yang sedikit aktif dalam kata dan tindaknya. Dengar kata dia pembuat modul yang bagus dan fasilitator yang baik. Kena amik ilmu ni (",)

Dari 11 Bintang terbaik, tak semua kami boleh commit. Ya, ada yang punya masalah lain. Aku tetap dengan mereka yang setia bersama AF, dan InsyaAllah, selagi bernafas dan tiada yang mengekang, aku pasti kan bersama team AKADEMI FASILITATOR. Ini janjiku pada sebuah malam.

Ahad-1000pm
Pagi. Tiada senaman. Kuda menyambut kami di muka pintu..hehe. Yang pastinya sesi untuk team AF1 akan berjalan riuh sbb kami nak ke Air terjun yang berdekatan. Yea, kami berjalan 7 orang ke Air Terjun Tekala. Perghh! Ramai orang gak kat sini. Dalam perjalanan, Red pastinya tak berhenti menyakat. Yang lain gelak. hehe..Red jadi Abon kertu. Sampai sudah, dan kami kena buat flowchart dan master plan program. Abih tu, Abg Ed komen kerja kami dan haha..turun ke air jeram bawah untuk sesi lanjutan. Yeah..plan of action utk team AF1 serta SWOT demi mengukuhkan mana yang kurang. Habis tu, aku dan Ezrin memilih untuk melongo depan air yang deras. Nak mandi rasanya..hehe. Tapi, terpaksa batalkan niat murni tu pasal tak bawa baju lebih. Erm..aku ambil tugas untuk mengagihkan kerja antara kami.Ye, kami kena buat induksi untuk progran turun ke sekolah dan group binding semula. Insyallah, moga tautan ini kembali meriah. Balik ke camp, Abg Ed belanja eskrim..

Sesi training hampir berakhir. Sekalian memberi kata ringkas. "Along..sepatah je" ehehe..Abg Fahmi warning aku sebab aku berkata lebih dari berpatah-patah. Bergambar dan kami berpisah sementara.

InsyaAllah, segala akan tersemat di hati. Kenangan 3 hari untuk training sebagai fasilitator, bersama rakan yang aku sayangi (Red, Ezrin, Umai dan Nun) Walau tak semua dapat hadir sbb ada hal memasing, ukhwah kami terus akan bertaut..InsyaAllah. Ini juang dan jihad kami liridhallah, pada jalan yang kami pilih dan ditentukan Allah.

2 comments:

dueng said...

wah...cam best je. kalau boleh mahu jgk saya join. anyway, i love to learn new thing. hehehe. along...latihan ni saper yang anjurkan?? UIA ke atau sesama sendiri je ke? but it's really impressive.

anyway, program camni bagus...merapatkan hubungan dan menambahkan ilmu. bolehkah saya join kalau ada kesempatan?

Mentor_ulung said...

DUENG...

akademi yg along join tu adalah satu team fasilitator kelolaan consultant luar. Heh..takda kena mengena ngan uia :) skang ni depa amik intake dr uia, along batch pertama. Nak join?? Nanti bleh along cuba tanyakan, mana tahu kot abg2 trainer along bleh terima..hehe. Jadi fasilitator..ape komen dueng??